Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Mar 6, 2013

Buat Anakku


Anakku
Kamu lah juara di hati kami
Kamu lah pengikat hati-hati kami
Pengikat kasih sayang kami
Bukti cinta kami

Anakku
Selagi mana kamu selesa berada di dalam kandunganku
Duduklah di situ
Selesalah kamu
Usah risau, Usah gusar tentang kami
Kami akan sentiasa sedia menanti

Anakku
Keindahan dunia tiada tolok bandingnya dengan hadirnya kamu
Rezeki buat kami
Dari Tuhan yang Esa, yang Satu

Anakku
Ingat pesanan ku ini
Jadilah kamu hamba yang beriman
Hamba yang bertaqwa
Jadilah kamu Mujahid di jalan Allah
Yang telah memberikan nyawa ini kepadamu

Anakku
Jadilah kamu umpama bapamu, cinta hatiku
Dengan wajah penuh kelembutan
Sentiasa penuh dengan kasih sayang
Sedia membantu
Sedia menyokong
Bagai Matahari yang sentiasa menyinar

Anakku
Ujian dunia tidak akan pernah besar
Jika penuh iman dan ilmu di dada

Anakku
Andai tidak ada hari esok buat kita
Ingatlah dan jangan kamu lupa
Diri ini sentiasa mendoakanmu
Sentiasa menyayangimu
Sentiasa mengingatimu
Jaga keluargamu
Jaga agamamu



Lots of love,

Mummy
Week 36+6

Mar 26, 2012

Closer

for the people that i miss all the time...


"If photographs of you are as close as I can get, then that's as close as
I'll get.

If the edge of the land, is as close as I can get, then that's
as close as I'll get.

If right up beside you is as close as I can get,
then that's as close as I'll get.

I have and always will be, as close as
I can get."

taken from here

Mar 19, 2012

of Hope

"...Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu..."

Mar 18, 2012

Ikan di laut, asam di darat, dalam belanga bertemu jua

Hari-hari jatuh cinta. Makin lama, makin sayang. Mungkin kah ini sebenarnya yang dinamakan cinta sejati?

Kisah dua tahun lalu

Sewaktu persediaan majlis makan malam graduasi kami, sedang aku bertungkus lumus menyiapkan segala yang patut, si dia tetap setia mengikut ku di belakang. Nak ambil hati mungkin :)

Manager hotel yang selalu berurusan dengan ku pun bertanya: “Hey, is that ur boyfriend? He’s cute. And he has this look in his eyes when he looks at you, that says he loves u so much and he cares for you. DO NOT let him go. I’m a man with experience, and believe me, he’s a good man.”

Wah! Cepat betul dia ni buat conclusion.

Tak la, you. Kitaorg kawan-kawan je dulu..” (takkan nak mengaku that I’ve fallen head over heels for him?)

“Well then, what are you waiting for? Don’t let him go. Trust me.”

The next day, Sayang and I went out for breakfast, and on the way back to KL, he asked me to be his girl friend and of course, I said yes ♥

2 tahun selepas itu

Kami masih bersama, Alhamdulillah sudah mengikat tali pertunangan dan bakal menjadi pasangan suami isteri yang sah beberapa bulan lagi.

Perasaan masih tidak percaya dengan rahmah yang aku terima ini. Syukur!